Monday, September 26, 2011

Stressed!!!

Aaarrgghh!!! Tertekan... Boleh jd gila mcm ni... Suda 2x KEADAAN mcm ni berlaku. I really need my writing therapy *sigh* Why this is happening when I need the time to focus on my study? Ya Allah Ya Tuhanku, tabahkanlah hambamu ini Ya Allah. Aku juga bersyukur atas bantuanMu smlm ya Allah.. Alhamdulillah. Sesungguhnya tangisan smlm bukanlah lakonan, namun hanya Engkau yang Maha Mengetahui.Hari ini aku tidak dpt menahan tangisan semasa berada di dlm kelas. Aku hrp TO tidak perasan (ya ka? Duduk betul2 plg depan, tgh2 pula tu. Aku cuba melindungi kesedihan dgn berlakon kunun2 selsema, dunno wether classmate will buy it).Sedih when being blamed on what I have done. As usual I will try berfikir secara rasional. And usually I will end up utk MENERIMA that's my fault.But the process on MENERIMA tu amat sakit... Skrg ni seolah2 tanpa prejudis it's solely my fault. Bukan tidak mahu mengaku salah, cuma mohon pertimbangan adil.Ya Allah, aku mohon kepadaMu, berilah aku ketabahan.

Monday, December 20, 2010

breastfeeding diet

after surveying thru the net and few hardcopy readings, these are my routine drinks and foods for the purpose of better milk's quantity and quality.
Drinks:
+ 8 glasses of water. I have trouble counting and memorizing how many glasses i had so i made myself drink 1 glass @ every odd hr from 5am-7pm (5am, 7am, 9am, 11am, 1pm, 3pm, 5pm and 7pm) it works well!!
+ anmum lacta twice daily during breakfast and before going to bed.
+ horlicks or milo for evening tea. Trying getting rid of nescafe. But i had it sumtimes once in 2 weeks.
+ soya beans and fruit juices before or/and after feeding
+ milkmaid tea. Haven't try yet, just bought yesterday.
Foods:
+ strictly no rice! I've gained 17kg and only lost 6kg during 1month checkup. I'm taking oat as my nasi!
+ green leafy vegie
+ sardine, tuna, salmön
+ bread

Tuesday, November 30, 2010

cabaran berpantang & breastfeeding

hari ni hari ke 37, alhamdulillah humaini masih breastfeeding exclusively. Minggu pertama memang memeritkan. Sore and cracked nipples berjaya di atasi dgn Bepanthen. Pedih tidak terkata tapi kalau tidak di gagahi aku akan gagal seperti kelahiran pertama lalu. Aku masih jahil pasal breastfeeding masa tu. Sekarang aku sudah tahu nipple soreness adalah normal pada peringkat permulaan. Biarkan saja baby hisap supaya nipples toughen up from frequent nursing. Engorgement pun dialami dalam minggu pertama tapi alhamdulillah cuma half day. Berkat kesabaran, discomfortness reduced and a good milk supply established.

'itulah kau.. Nda kasi biasa susu botol.. Kan susah mau berjalan' 'kenapa kau nda kasi blajar isap puting?' aduh.. Kalau aku jadi pak turut sahaja, humaini kemungkinan besar akan mengalami 'keliru puting' dan inilah antara punca ibu-ibu di malaysia gagal menyusukan secara eksklusif. Semasa dalam pantang bayi tidak seharusnya diperkenalkan terlalu awal dengan puting tiruan. Tapi kalau terpaksa pun, memang ada caranya supaya bayi tidak menolak puting ibu. Hendak seribu daya lah kan.

Aku telah mula menyediakan stok susu untuk keperluan humaini apabila aku sudah kembali bekerja kelak. Permulaan yang masih slow dan kurang produktif. Sehari cuma dapat 1oz disebabkan humaini sentiasa melekat. Keadaan ini menyebabkan aku sedikit stress sebab tidak mempunyai ruang dan waktu untuk mengepam dan menguruskan diri. Nasib baiklah ada peer councellor. Humaini melekat sebab suka kehangatan yang dirasa bila berdampingan dengan mamanya. Humaini kerap berak pada awal kelahiran kerana susu awal mama mengandungi kolostrum yang mudah cerna. Tetapi pada minggu ke5 aku menjadi risau kerana humaini tidak berak. Peer councellor told that it is normal too tapi aku tetap risau sedikit. Pada hari ke2 aku minum anmun lacta (hari ni), alhamdulillah humaini berak dengan banyaknya hahah.

To be continue..

Thursday, November 18, 2010

Pospartum weeks

Not blackberry, not iphone.. It's just plain Nokia n70 and am surfing the net by subscribing weekly broadband from my prepaid mobile account. This is affordable and am comfortable with. I can surf anywhere (of coz hv 2 bring d phone) and anytime (if my account permits ;-p).

Wednesday, October 27, 2010

Pengalaman bersalin ke3



The third? Wah tidak ku sangka aku akan melalui saat-saat melahirkan sebanyak tiga kali. Kesemuanya ditempuhi dengan keadaan & dugaan yang berbeza. This time aku memang mengharap tidak akan di'induced'.. biarlah semuanya berlaku naturally.. dan terima kasih ya Allah kerana telah mengkabulkan permintaan ku, alhamdulillah.

Tidak seperti kandungan pertama & kedua, kandungan kali ini sungguh mencabar kesabaranku kerana aku tidak mempunyai LMP. Aku hanya bergantung kepada 'ultrascan' untuk jangkaan tarikh bersalin (EDD). Ikut medical term, kandungan ini adalah kandungan ke4 kerana aku telah keguguran kandungan ketiga pada 10/01/2010. Selepas itu masya Allah, aku terus mengandung tanpa period terlebih dahulu.Berita yang amat menggembirakan setelah sedih kehilangan janin yang baru berusia 6 minggu.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan... bila tiba Oktober rasa lega sebab bila orang bertanya 'bila?' sambil memuncungkan mulut ke arah perutku yang membonjol... aku boleh jawab 'tunggu hari' dengan senyuman. Tapi tidak, hari-hari yang dilalui semasa bulan Oktober boleh lah di declare sebagai hari-hari yang paling panjang pernah aku lalui hehehe. Masakan tidak kalau tiap-tiap hari menunggu tanda-tanda bersalin yang tiga tu: air, darah, atau sakit. Tapi tidak juga kunjung tiba.

Mula-mula teringin betul kalau dapat bersalin tarikh 10/10/10... cantik kan... for sure ramai yang nikah time ni. Tapi hampa, 11hb aku masih datang bekerja hahahah... it's okay.. ada lagi tarikh cantik bulan ni 20/10/2010... sama juga... berlalu dgn begitu sahaja tanpa sebarang tanda. Actually ada juga terasa beberapa siri contractions, tapi cuma braxton hicks semata, saspen pon ada, manalah tau tiba2 tgh mlm terus sakit tanda bersalin, ngeri juga tu bila imagine bersalin di rumah atau kereta.

Bila terlepas tarikh 10/10/10 & 20/10/2010, aku mula pasrah.. bila2 ja la baby... asalkan bulan ni hehehe... went to antenatal check up on the 22nd, Dr Suzain memaklumkan bahawa air ketubanku sudah kurang, berat badan pun maintain (from previous check up ja la hahaha). Dua2 tu menandakan yang harinya akan tiba tidak lama lagi. Aku bertanyakan tentang contraction yang aku alami tu. Dr Suzain mencadangkan agar aku berehat sahaja, so aku diberi MC 2 hari pada hari itu (tapi kira 1 hari ja la sbb sabtu memang aku tidak bekerja pun).

23hb, hari ulangtahun kelahiran abang iparku, juga tertulis sebagai salah satu EDD berdasarkan ultrascan. Kami sekeluarga pulang ke kampung suami. Tapi macam biasa, singgah dulu Suria Sabah tengok movie 3D: Sammy's Adventure. 24hb, jam 10.20am ada bloody show semasa aku mandi. Mula2 mcm tidak percaya, boleh lagi berlagak selamba. Masa bersiap2 (sebenarnya kami bersiap untuk pulang ke kampungku) suami masuk ke bilik dan masa tu la aku berkata: 'Bang, ada tanda darah sudah'... So, balik kampung tidak jadi, sebaliknya off to hospital hahaha.

Sampai hospital aku terus menuju ke kaunter pendaftaran wad bersalin. Aku disuruh masuk ke bilik pemeriksaan sebaik sahaja aku memberitahu 'Ada tanda darah'. Terus tukar uniform pink hehehe, masa tu baru teringat aku sebenarnya mahu bertanyakan terlebih dahulu sekiranya ada wad kelas 1 di Hospital Papar. Sudah siap2 berbaring untuk diperiksa bukaan, sambil2 misi menyediakan peralatan mereka bawa aku bersembang, masa tu lah baru aku tahu di sana cuma ada wad kelas 3 huhuhuh.... Tidak mengapalah, walaupun Hospital Likas ada kelas 1 tapi tidak semestinya available untuk aku sebab sudah sedia maklum Hospital Likas sentiasa sesak. Semasa pemeriksaan, misi berulang kali menyuruhku agar relax kerana aku agak 'tight' susah untuk menentukan findings.. aku tergelak kerana aku seolah-olah mengandung anak pertama pula hahahah. BP aku pun tinggi, misi bercadang utk mengambil bacaan BP beberapa minit kemudian kerana kemungkinan aku tengah nervous menyebabkan bacaan tinggi.

'Sudah buka 3cm, puan boleh lah keluar jumpa suami dulu, nanti 12.30 masuk ke sini balik bawa barang2 puan sekali' hohohoho... aku blur, ikut sahaja arahan. Sampai masa, aku di bawa tour wad bersalin tu... hmm... sesuai lah aku di sini sahaja, memang lengang, walaupun kelas 3 tapi selesa. Hari tu ahad, waktu melawat panjang (12.30 - 7.30) so aku lucky warded haritu... suami bawa anak2 & ibu mertua, masa tu contraction datang setiap 5 minit. Kemudian 2 org rakan sekerja pun datang melawat. Mereka meninggalkan aku dalam jam 6pm. Ketika itu sakit semakin kuat, setiap kali contraction aku menutup mata, tiba masa untuk diperiksa tekanan darah, misi terkejut bila ketika itu contraction tengah on tetapi aku tidak mengadu kesakitan pun. Sakit sebenarnya tapi beginilah aku, aku akan berdiam sahaja sambil selawat di dalam hati. Doa & zikir ketika sakit hendak bersalin aku sudah lama salin di atas sehelai kertas melalui buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' tapi rupanya kertas tu dalam beg yang telah aku serahkan kepada suami... alahai... tawakal ja la mcm ni... doa tu memang tidak hafal, zikir tu senanglah, zikir biasa sahaja. 'Ini tengah contraction ni, tidak sakit?' 'Sakit juga, tapi diam2 ja la' 'Nanti pergi depan, kita cek sudah buka berapa, ok' ooo... macam ni rupanya, kita request sendiri kalau hendak tahu bukaan berapa. Dua2 pengalamanku dahulu, misi akan datang ke katil & periksa bukaan.

'Relax... relax... eh... 6? 7? eh.. biar betul... relax puan... apa benda ni?' alahai paniknya aku semasa di bilik pemeriksaan buat kali ke2 tu... 'ok puan sudah buka 5, masuk 6cm, puan boleh tahan juga ya sakit tu? cuma saya risau ada something bulging. Puan ambillah dulu baju2 baby kemudian dtg terus ke labour room, ok. Aku mcm tidak percaya masanya hampir tiba... bila masuk wad blk, semua yg ada bertanya berapa sudah bukaanku, semua terkejut bila dpt tahu bukaanku sudah masuk 6cm & telah diarah untuk masuk ke labour room, 3 org daripada mereka sudah masuk hari ke5 tetapi masih belum sampai masa untuk bersalin. Aku berdebar, sempat hantar sms kepada seorang rakan & suami memaklumkan aku akan ke labour room.

Sampai di labour room, aku diberi pam enema, pengalaman baru lagi pam sendiri hahaha... dulu misi yang pamkan. Selesai mengosongkan apa2 yang patut, aku bersedia untuk proses pecahkan air ketuban... alahai lambat pula dapat di pecahkan, yang kedua dulu kejap sahaja & tidak terasa apa2... kali ni aku terasa ngilu sedikit. Misi masih risau tentang 'benda' bulging itu. Beliau meminta 2 org rakannya yang lain untuk memeriksa & berikan pendapat. Beberapa kali misi tersebut memohon maaf kepadaku kerana aku terpaksa diseluk beberapa kali. Akhirnya mereka membuat kesimpulan benda bulging tu cuma rahim/serviks ku yang tidak smooth... bentuknya bergerigi mungkin disebabkan vakuum pada kelahiran pertama dahulu. Aku lega juga takut manalah tahu benda tu tali pusat pula... takut baby terjerut tali pusat semasa meneran.

Subhanallah.... Allahuakbar.... ayat kursi... itu sahaja la yang mampu aku ucapkan setiap kali contraction datang... aku terdengar perbualan misi: 'Tahan sakit juga dia ni, kalau orang lain meraung sudah' 'Kalau dia tutup mata tu, tengah tahan sakit la tu' 'Puan... syif saya habis ni, nanti kalau puan sudah tidak tahan sakit, puan panggil sahaja, mereka ada di luar tu... selamat melahirkan... jumpa esok pagi..' Kesakitanku rasa hilang sebentar dengan layanan mesra & sambutan salam pemberi semangat misi tu.

Aku sempat menjenguk jam di tanganku... 9.15pm.. aduhhh... sakit macam hendak meneran sudah ni... tapi tadi cek baru bukak 7cm,... aduh... macamana ni?.... Semasa contraction 9.15 tu aku terasa aku suda terkencing & terberak sedikit... 'Nurse!!! Nurse!!!!... ya allah... mana mereka ni... suara aku tidak kedengarankah ni... aduhh.... Nurse!!! Nur
se!!!! baru kelihatan beberapa org meluru masuk ke labour room.. 'Kenapa?....rasa mahu meneran sudah?' 'Ya.... Saya rasa saya terberak sudah' 'OK, tidak mengapa... marilah try teran, kita cuba ok'. Subhanallah... Allahuakbar.... ok sikit lagi... nampak suda telinga baby... cantik... pandai mama teran... lagi mama... sikit lagi.... tarik nafas panjang sikit.... ok mama.... tahan dulu jangan teran, baby sudah keluar, tunggu potong tali pusat... jangan teran... ok boleh teran sikit.... alhamdulillah.... tengok ni... mama cakap sendiri baby ni jantina apa... 'baby girl...' airmata kegembiraan mengalir melihat baby ku... Dayang Aireen Humaini... Dilahirkan secara normal, berat 2.98kg pada 9.30pm 24hb Oktober 2010.

Friday, October 22, 2010

The pain of waiting...

'Penantian suatu penyeksaan..' hehehe... baby oh baby.. please give mama the sign of your arrival...

Sunday, July 25, 2010

Not Fit To Fly

I was supposed to be in a 2-weeks pre-advace courses on the 19th-30th at the academy. However, my doctor had written an exemption letter, replacing the assured-fit-t-fly letter. I really don't know how to react on this. Probably frustrated a bit, since the next schedule for the courses to be offered and I'll be available to attend, will be next year. On the other hand, I was thinking about my baby's wellbeing, and better not to jeopardize. This is my precious pregnancy. I love you baby.

Being a wife, mother of two, expecting the 3rd baby and an employee at the same time is very tough. I dunno how many times I mention bout this but surely someone who's in the same boat will nod their head as a gesture of consent.

I was diagnose with a low-lying placenta during the latest check-up... doctor will confirmed which type of placenta previa I'm having at the next check up.. for the time being, no bleeding occur as with my 2nd pregnancy with placenta previa type I, bleeding n threatened abortion happened during the 5th months. pray for me n baby friends...