Wednesday, October 27, 2010

Pengalaman bersalin ke3



The third? Wah tidak ku sangka aku akan melalui saat-saat melahirkan sebanyak tiga kali. Kesemuanya ditempuhi dengan keadaan & dugaan yang berbeza. This time aku memang mengharap tidak akan di'induced'.. biarlah semuanya berlaku naturally.. dan terima kasih ya Allah kerana telah mengkabulkan permintaan ku, alhamdulillah.

Tidak seperti kandungan pertama & kedua, kandungan kali ini sungguh mencabar kesabaranku kerana aku tidak mempunyai LMP. Aku hanya bergantung kepada 'ultrascan' untuk jangkaan tarikh bersalin (EDD). Ikut medical term, kandungan ini adalah kandungan ke4 kerana aku telah keguguran kandungan ketiga pada 10/01/2010. Selepas itu masya Allah, aku terus mengandung tanpa period terlebih dahulu.Berita yang amat menggembirakan setelah sedih kehilangan janin yang baru berusia 6 minggu.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan... bila tiba Oktober rasa lega sebab bila orang bertanya 'bila?' sambil memuncungkan mulut ke arah perutku yang membonjol... aku boleh jawab 'tunggu hari' dengan senyuman. Tapi tidak, hari-hari yang dilalui semasa bulan Oktober boleh lah di declare sebagai hari-hari yang paling panjang pernah aku lalui hehehe. Masakan tidak kalau tiap-tiap hari menunggu tanda-tanda bersalin yang tiga tu: air, darah, atau sakit. Tapi tidak juga kunjung tiba.

Mula-mula teringin betul kalau dapat bersalin tarikh 10/10/10... cantik kan... for sure ramai yang nikah time ni. Tapi hampa, 11hb aku masih datang bekerja hahahah... it's okay.. ada lagi tarikh cantik bulan ni 20/10/2010... sama juga... berlalu dgn begitu sahaja tanpa sebarang tanda. Actually ada juga terasa beberapa siri contractions, tapi cuma braxton hicks semata, saspen pon ada, manalah tau tiba2 tgh mlm terus sakit tanda bersalin, ngeri juga tu bila imagine bersalin di rumah atau kereta.

Bila terlepas tarikh 10/10/10 & 20/10/2010, aku mula pasrah.. bila2 ja la baby... asalkan bulan ni hehehe... went to antenatal check up on the 22nd, Dr Suzain memaklumkan bahawa air ketubanku sudah kurang, berat badan pun maintain (from previous check up ja la hahaha). Dua2 tu menandakan yang harinya akan tiba tidak lama lagi. Aku bertanyakan tentang contraction yang aku alami tu. Dr Suzain mencadangkan agar aku berehat sahaja, so aku diberi MC 2 hari pada hari itu (tapi kira 1 hari ja la sbb sabtu memang aku tidak bekerja pun).

23hb, hari ulangtahun kelahiran abang iparku, juga tertulis sebagai salah satu EDD berdasarkan ultrascan. Kami sekeluarga pulang ke kampung suami. Tapi macam biasa, singgah dulu Suria Sabah tengok movie 3D: Sammy's Adventure. 24hb, jam 10.20am ada bloody show semasa aku mandi. Mula2 mcm tidak percaya, boleh lagi berlagak selamba. Masa bersiap2 (sebenarnya kami bersiap untuk pulang ke kampungku) suami masuk ke bilik dan masa tu la aku berkata: 'Bang, ada tanda darah sudah'... So, balik kampung tidak jadi, sebaliknya off to hospital hahaha.

Sampai hospital aku terus menuju ke kaunter pendaftaran wad bersalin. Aku disuruh masuk ke bilik pemeriksaan sebaik sahaja aku memberitahu 'Ada tanda darah'. Terus tukar uniform pink hehehe, masa tu baru teringat aku sebenarnya mahu bertanyakan terlebih dahulu sekiranya ada wad kelas 1 di Hospital Papar. Sudah siap2 berbaring untuk diperiksa bukaan, sambil2 misi menyediakan peralatan mereka bawa aku bersembang, masa tu lah baru aku tahu di sana cuma ada wad kelas 3 huhuhuh.... Tidak mengapalah, walaupun Hospital Likas ada kelas 1 tapi tidak semestinya available untuk aku sebab sudah sedia maklum Hospital Likas sentiasa sesak. Semasa pemeriksaan, misi berulang kali menyuruhku agar relax kerana aku agak 'tight' susah untuk menentukan findings.. aku tergelak kerana aku seolah-olah mengandung anak pertama pula hahahah. BP aku pun tinggi, misi bercadang utk mengambil bacaan BP beberapa minit kemudian kerana kemungkinan aku tengah nervous menyebabkan bacaan tinggi.

'Sudah buka 3cm, puan boleh lah keluar jumpa suami dulu, nanti 12.30 masuk ke sini balik bawa barang2 puan sekali' hohohoho... aku blur, ikut sahaja arahan. Sampai masa, aku di bawa tour wad bersalin tu... hmm... sesuai lah aku di sini sahaja, memang lengang, walaupun kelas 3 tapi selesa. Hari tu ahad, waktu melawat panjang (12.30 - 7.30) so aku lucky warded haritu... suami bawa anak2 & ibu mertua, masa tu contraction datang setiap 5 minit. Kemudian 2 org rakan sekerja pun datang melawat. Mereka meninggalkan aku dalam jam 6pm. Ketika itu sakit semakin kuat, setiap kali contraction aku menutup mata, tiba masa untuk diperiksa tekanan darah, misi terkejut bila ketika itu contraction tengah on tetapi aku tidak mengadu kesakitan pun. Sakit sebenarnya tapi beginilah aku, aku akan berdiam sahaja sambil selawat di dalam hati. Doa & zikir ketika sakit hendak bersalin aku sudah lama salin di atas sehelai kertas melalui buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' tapi rupanya kertas tu dalam beg yang telah aku serahkan kepada suami... alahai... tawakal ja la mcm ni... doa tu memang tidak hafal, zikir tu senanglah, zikir biasa sahaja. 'Ini tengah contraction ni, tidak sakit?' 'Sakit juga, tapi diam2 ja la' 'Nanti pergi depan, kita cek sudah buka berapa, ok' ooo... macam ni rupanya, kita request sendiri kalau hendak tahu bukaan berapa. Dua2 pengalamanku dahulu, misi akan datang ke katil & periksa bukaan.

'Relax... relax... eh... 6? 7? eh.. biar betul... relax puan... apa benda ni?' alahai paniknya aku semasa di bilik pemeriksaan buat kali ke2 tu... 'ok puan sudah buka 5, masuk 6cm, puan boleh tahan juga ya sakit tu? cuma saya risau ada something bulging. Puan ambillah dulu baju2 baby kemudian dtg terus ke labour room, ok. Aku mcm tidak percaya masanya hampir tiba... bila masuk wad blk, semua yg ada bertanya berapa sudah bukaanku, semua terkejut bila dpt tahu bukaanku sudah masuk 6cm & telah diarah untuk masuk ke labour room, 3 org daripada mereka sudah masuk hari ke5 tetapi masih belum sampai masa untuk bersalin. Aku berdebar, sempat hantar sms kepada seorang rakan & suami memaklumkan aku akan ke labour room.

Sampai di labour room, aku diberi pam enema, pengalaman baru lagi pam sendiri hahaha... dulu misi yang pamkan. Selesai mengosongkan apa2 yang patut, aku bersedia untuk proses pecahkan air ketuban... alahai lambat pula dapat di pecahkan, yang kedua dulu kejap sahaja & tidak terasa apa2... kali ni aku terasa ngilu sedikit. Misi masih risau tentang 'benda' bulging itu. Beliau meminta 2 org rakannya yang lain untuk memeriksa & berikan pendapat. Beberapa kali misi tersebut memohon maaf kepadaku kerana aku terpaksa diseluk beberapa kali. Akhirnya mereka membuat kesimpulan benda bulging tu cuma rahim/serviks ku yang tidak smooth... bentuknya bergerigi mungkin disebabkan vakuum pada kelahiran pertama dahulu. Aku lega juga takut manalah tahu benda tu tali pusat pula... takut baby terjerut tali pusat semasa meneran.

Subhanallah.... Allahuakbar.... ayat kursi... itu sahaja la yang mampu aku ucapkan setiap kali contraction datang... aku terdengar perbualan misi: 'Tahan sakit juga dia ni, kalau orang lain meraung sudah' 'Kalau dia tutup mata tu, tengah tahan sakit la tu' 'Puan... syif saya habis ni, nanti kalau puan sudah tidak tahan sakit, puan panggil sahaja, mereka ada di luar tu... selamat melahirkan... jumpa esok pagi..' Kesakitanku rasa hilang sebentar dengan layanan mesra & sambutan salam pemberi semangat misi tu.

Aku sempat menjenguk jam di tanganku... 9.15pm.. aduhhh... sakit macam hendak meneran sudah ni... tapi tadi cek baru bukak 7cm,... aduh... macamana ni?.... Semasa contraction 9.15 tu aku terasa aku suda terkencing & terberak sedikit... 'Nurse!!! Nurse!!!!... ya allah... mana mereka ni... suara aku tidak kedengarankah ni... aduhh.... Nurse!!! Nur
se!!!! baru kelihatan beberapa org meluru masuk ke labour room.. 'Kenapa?....rasa mahu meneran sudah?' 'Ya.... Saya rasa saya terberak sudah' 'OK, tidak mengapa... marilah try teran, kita cuba ok'. Subhanallah... Allahuakbar.... ok sikit lagi... nampak suda telinga baby... cantik... pandai mama teran... lagi mama... sikit lagi.... tarik nafas panjang sikit.... ok mama.... tahan dulu jangan teran, baby sudah keluar, tunggu potong tali pusat... jangan teran... ok boleh teran sikit.... alhamdulillah.... tengok ni... mama cakap sendiri baby ni jantina apa... 'baby girl...' airmata kegembiraan mengalir melihat baby ku... Dayang Aireen Humaini... Dilahirkan secara normal, berat 2.98kg pada 9.30pm 24hb Oktober 2010.

Friday, October 22, 2010

The pain of waiting...

'Penantian suatu penyeksaan..' hehehe... baby oh baby.. please give mama the sign of your arrival...